Sunday, 26 February 2017

Puisi: Teraniaya

Bila aku jual mahal
Ego lelakinya tercabar
Pelbagai kata dia lontar
Cuba buat aku gentar

Tak ku layan emosinya
Tak ku kalah pada renungannya
Aku biarkan dia bersayembara
Mencanang fiksyen panjang berjela

Bagaimana harus ku jatuh cinta
Pada lelaki si penista
Kerana mahu ku terima cintanya
Fitnah ditabur bagai baja

Sudah-sudahlah wahai insan
Hanya pekungmu yang dibuka
Kerana jelas aku teraniaya
Pada hati yang tahu menilainya